Bertam Alliance dapat subkontrak RM82 juta bina hotel di Sabah

BeritaHarian Fri, Mar 03, 2023 09:46pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Bertam Alliance Bhd akan menjalankan kerja-kerja binaan dan infrastruktur untuk blok hotel di Kota Kinabalu, Sabah, secara subkontrak sebanyak RM82 juta.

Pemaju hartanah dan kontraktor pembinaan itu berkata anak syarikat milik penuhnya, Bertam Development Sdn Bhd (BDSB) telah menerima surat lantikan untuk kerja-kerja berkenaan daripada Akas Permai Sdn Bhd.

BDSB akan memulakan kerja-kerja subkontrak berkuat kuasa serta-merta, dengan sasaran siap pada 30 November 2024, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

"Subkontrak itu adalah platform untuk kumpulan meningkatkan nilai perolehan kontraknya dan berpotensi untuk meningkatkan aliran pendapatan dan keuntungan," menurut syarikat itu.

Bertam Alliance berkata, subkontrak itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan sesaham, aset bersih sesaham dan nisbah kadar hutang kumpulan.

-BERNAMA

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BERTAM 0.130
BURSA 8.200

Comments

Login to comment.