China Automobile Parts dinyahsenarai Bursa Malaysia

BeritaHarian Mon, Feb 06, 2023 02:12pm - 1 year View Original


KUALA LUMPUR: Rayuan yang dikemukakan oleh China Automobile Parts Holdings Ltd bagi lanjutan masa untuk mendapatkan kelulusan pelan penyusunan semulanya kepada pihak berkuasa yang berkaitan ditolak oleh Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu menyatakan pengendali pasaran saham tempatan itu memutuskan untuk menyahsenarai menurut perenggan 8.04 Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Securities dan sekuriti syarikat itu akan dikeluarkan daripada Senarai Rasmi Bursa Securities pada 9 Februari 2023.

Katanya, sekuriti syarikat itu, yang kini didepositkan dengan Bursa Malaysia Depository Sdn Bhd, mungkin kekal didepositkan walaupun dinyahsenarai.

Ini kerana, tidak wajib bagi sekuriti syarikat yang telah dinyahsenarai dikeluarkan daripada Bursa Depository.

Sebagai alternatif, ia berkata pemegang saham syarikat yang berhasrat untuk memegang sekuriti mereka dalam bentuk sijil fizikal boleh mengeluarkan sekuriti ini daripada akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) yang diselenggarakan dengan Bursa Depository pada bila-bila masa selepas sekuriti syarikat itu dikeluarkan.  

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

5229 0.000
BURSA 7.450

Comments

Login to comment.