BIMB serah zakat perniagaan RM185,000 kepada Maips

HarianMetro Fri, Jun 02, 2023 10:27am - 10 months View Original


Kangar: Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM185,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi tahun kewangan 2022.

MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini menyebut Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam, Mohd Nazri Chik mempersembahkan cek contoh itu kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Falah Behor, Arau malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, baginda berharap agar lebih banyak lagi syarikat korporat berganding bahu dengan MAIPs untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik di negeri itu.

Menurut kenyataan itu pada majlis yang sama, Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang Dipertua MAIPs berkenan menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 140 asnaf terpilih.

Seramai 70 penerima adalah dari kariah Behor Mempelam dan 70 orang lagi dari kariah Tambun Tulang.

Penerima zakat menerima RM700 setiap seorang selepas membuat pemeriksaan kesihatan yang dijayakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

The content is a snapshot from Publisher. Refer to the original content for accurate info. Contact us for any changes.






Related Stocks

BIMB 2.430

Comments

Login to comment.